Pelari Pecut Negara, Usain Bolt

Pelari Pecut Negara, Usain Bolt Cemerlang Dalam SPM 2021.

IPOH: Pelari pecut negara yang menerima julukan ‘Usain Bolt Malaysia’ memperoleh keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 apabila mendapat 6A daripada keseluruhan sembilan mata pelajaran yang diambil. Muhammad Azeem Fahmi, 18, dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gunung Rapat di sini menganggap keputusannya itu di luar jangkaan di saat jadual latihan yang padat selain […]

Continue Reading
Piala Asia 2023

Piala Asia 2023 : Malaysia Tunduk 2-1 Kepada Bahrain.

KUALA LUMPUR – Misi pengendali negara, Kim Pan-gon untuk mengutip sekurang-kurangnya tujuh mata pada kempen kelayakan Piala Asia 2023 kali ini lebur selepas tunduk 2-1 kepada Bahrain di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi. Penjaga gol negara, Farizal Marlias pastinya menjadi individu paling terkesan dengan kekalahan ini kerana kesilapannya menjatuhkan pemain lawan dalam kotak penalti […]

Continue Reading
Indonesia Masters : Beregu Wanita Kebangsaan

Indonesia Masters : Beregu Wanita Kebangsaan Tersungkur.

KUALA LUMPUR – Langkah beregu wanita kebangsaan, Pearly Tan-M. Thinaah pada kejohanan badminton Indonesia Masters terhenti di separuh akhir selepas tewas 23-21, 14-21, 14-21 kepada wakil tuan rumah, Apriyani Rahayu-Siti Fadia Silva Ramadhanti. Pada perlawanan yang berlangsung di Istora Senayan, Jakarta sebentar tadi, kedua-dua beregu menampilkan aksi cukup bertenaga dan menghiburkan apabila saling berbalas serangan. […]

Continue Reading
Anthony Sinisuka Ginting.

Impian Lee Zii Jia Lebur!. Tewas Di Tangan Pemain Indonesia, Anthony Sinisuka Ginting.

IMPIAN jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia untuk mara ke peringkat separuh akhir Indonesia Masters lebur selepas tersingkir di tangan pemain Indonesia, Anthony Sinisuka Ginting sebentar tadi. Pemain nombor lima dunia yang dilihat bertekad untuk mencari gelaran ketiga berturut-turut turun dengan permainan terbaik apabila memenangi set pertama 21-18. Bagaimanapun, pada set kedua, Ginting memanfaatkan […]

Continue Reading
Undur Diri Dari JDT

Undur Diri Dari JDT, Tunku Mahkota Johor Masih Memegang Saham Majoriti.

JOHOR BAHRU – Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim masih kekal sebagai pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT) dengan memegang saham majoriti biarpun mengumumkan mengundur diri daripada pengurusan kelab. Pengarah Teknikal Kelab Bolasepak JDT, Alistair Edwards berkata, Tunku Ismail hanya akan melepaskan tugas berkaitan hal-hal bola sepak dan teknikal kepada Pengurusan JDT. Beliau berkata, sebagai […]

Continue Reading
(LTdL) 2022 Terpaksa Ditunda Ke 11-18 Oktober.

LTdL 2022 Terpaksa Ditunda Ke 11-18 Oktober.

KUALA LUMPUR: Perlumbaan berbasikal Le Tour de Langkawi (LTdL) 2022 yang dijadualkan dari 11 hingga 18 Jun, terpaksa ditunda ke 11-18 Oktober berikutan pertindihan tarikh dengan kejohanan lain. Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata ia berikutan tempoh tersebut adalah musim panas di Eropah, yang menyaksikan banyak perlumbaan diadakan di benua berkenaan. […]

Continue Reading
Temasya Sukan SEA Vietnam

Skuad B-23 Gagal Bawa Pingat Di Temasya Sukan SEA Vietnam.

HANOI – Harapan untuk melihat skuad B-23 tahun negara membawa pulang sekurang-kurangnya pingat gangsa pada temasya Sukan SEA Vietnam gagal direalisasikan selepas tewas 4-3 kepada Indonesia menerusi penentuan sepakan penalti di Stadium My Dinh, sebentar tadi Kegagalan tersebut menyaksikan skuad negara mengulangi kekecewaan pada edisi ke-30 di Manila 2019 selepas pulang awal apabila tersingkir di […]

Continue Reading
Lee Zii Jia Mudah Atasi Kai Schaefer.

Lee Zii Jia Mudah Atasi Kai Schaefer.

PETALING JAYA – Jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia mudah mengatasi pemain Jerman, Kai Schaefer dengan kemenangan straight-set 21-7, 21-11 pada pusingan kedua Terbuka Thailand hari ini. Ternyata, kemampuan yang dimiliki Zii Jia, 24, sememangnya bukan tandingan buat pemain di ranking ke-82 dunia itu dalam aksi di Impact Arena, Bangkok. Kejayaan mara ke peringkat […]

Continue Reading