Hina Islam

Hina Islam : Lelaki dan Wanita Disyaki Hina Islam Bakal Dituduh Di Mahkamah.

DALAM NEGARA

KUALA LUMPUR: Lelaki dan wanita yang direman kerana disyaki  hina Islam di sebuah kelab komedi di Taman Tun Dr Ismail di ibu negara baru-baru ini akan dituduh di mahkamah.

Menurut Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin, kertas siasatan telah dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara dan arahan untuk menuduh kedua-dua individu tersebut telah dikeluarkan.

“Kertas siasatan polis telah dirujuk kepada pejabat Peguam Negara pada 12 Julai 2022 (Selasa) dan mendapat arahan untuk penama wanita dituduh di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan.

“Manakala penama lelaki pula akan dituduh di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” jelasnya dalam kenyataan ringkas kepada media pada Selasa.

Tambahnya, reman ke atas wanita terbabit yang tamat hari ini, disambung selama satu hari lagi sehingga Rabu bagi membantu siasatan.

Manakala lelaki terbabit pula ditahan reman selama tiga hari bermula Ahad lalu bagi membantu siasatan berhubung insiden di sebuah kelab komedi yang tular di media sosial baru-baru ini.

Sebelum ini, sebuah video berdurasi 54 saat tular di media sosial memaparkan seorang wanita bertudung dan memakai baju kurung mendakwa dirinya telah menghafaz 15 juzuk al-Quran lalu menanggalkan pakaian yang menutup aurat itu dan hanya meninggalkan pakaian yang mencolok mata serta mengundang pelbagai komen netizen.

SEBARKAN :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *