Detik Cemas Bumbung Kanopi Diterbangkan Puting Beliung. Kejadian Di Kampung Jawa, Perai,

Detik Cemas Bumbung Kanopi Diterbangkan Puting Beliung. Kejadian Di Kampung Jawa, Perai,

TERKINI

Detik Cemas Bumbung Kanopi Diterbangkan Puting Beliung. Kejadian Di Kampung Jawa, Perai,

 

 

GEORGE TOWN – Lebih 20 tetamu hadir ke majlis akikah dan kesyukuran yang dianjurkan tuan rumah berlari menyelamatkan diri sebaik bumbung kanopi diterbangkan puting beliung atau belalai darat sebelum tersangkut di atas pokok kepala di Kampung Jawa, Perai di sini petang tadi.

Kejadian kira-kira pukul 4.30 petang itu dilaporkan tiada berlaku sebarang kemalangan jiwa ataupun kecederaan melibatkan mangsa yang berada di lokasi majlis tersebut.

Penghuni kediaman, Muhamad Nor Hafiz Abdul Halim, 35, berkata, dia terkejut sebaik terdengar bunyi angin kuat dari belakang kediaman keluarganya itu sebelum melihat bumbung kanopi terbang ke atas pokok kelapa yang berketinggian kira-kira 20 meter di hadapan rumah.

“Semasa itu, lebih 20 tetamu yang sedang menikmati hidangan pada majlis aqiqah anak kakak turut berlari menyelamatkan diri dan masuk ke dalam rumah kami serta jiran sebelah.

“Kejadian berlaku sekelip mata, habis semua makanan dan minuman berselerak atas jalan akibat angin kuat disusuli hujan lebat.

“Pada masa sama, saya lihat bumbung kanopi dari kilang berhampiran turut terbang atas bumbung rumah. Ini kejadian pertama kali berlaku,” katanya kepada Kosmo! di sini sebentar tadi. – KOSMO! ONLINE

SEBARKAN :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *