Bayi Umur Sebulan Maut

Bayi Umur Sebulan Maut Dibunuh Kawanan Monyet Di Tanzania.

DUNIA

DODOMA, Tanzania – Seorang bayi berusia sebulan maut dibunuh kawanan monyet di Mwamgongo, Tanzania, selepas merampas mangsa daripada ibunya, lapor laman berita Wion News semalam.

Ketika kejadian, bayi bernama Luhaiba itu sedang disusukan oleh ibunya, Shayima. Beberapa ekor monyet secara tiba-tiba menceroboh rumah mereka lalu merampas bayi lelaki itu.

Bayi malang tersebut dikatakan mengalami kecederaan di kepala dan leher. Dia dilaporkan meninggal dunia ketika menerima rawatan kecemasan.

Dalam usaha untuk menyelamatkan Luhaiba daripada cengkaman monyet, penduduk kampung cuba menggunakan kekerasan, kata komander wilayah, James Manyama.

Haiwan-haiwan itu membelasah kanak-kanak berkenaan lalu membunuhnya, lapor akhbar Tanzania, The Citizen.

“Dia (Shayima) menjerit meminta tolong dan penduduk kampung bergegas ke rumahnya untuk membantu menyelamatkan anaknya daripada kawanan monyet.

“Apabila mereka cuba mengambilnya secara paksa, dia (Luhaiba) cedera di kepala dan leher.

“Kampung Mwamgongo berkongsi sempadan dengan Taman Negara Gombe. Insiden haiwan menceroboh kampung bukanlah perkara yang luar biasa,” jelas Manyama. – Agensi

SEBARKAN :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *