SUV Proton X70 2022

Proton Lancar SUV Proton X70 2022 Baharu.

TEKNOLOGI

Kuala Lumpur: Perusahaan Otomobil Nasional (Proton) melancarkan model kenderaan utiliti sukan (SUV) Proton X70 2022 Baharu dengan beberapa pembaharuan ditawarkan.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutifnya Roslan Abdullah berkata, sebagai SUV segmen C paling laris di negara itu terjual lebih 70,000 unit yang kini diberi kemasan dan enjin baharu 1.5l TGDi, di samping pilihan sedia ada, 1.8L TGDi.

“Kedua enjin ini menawarkan tahap prestasi yang sama dalam pilihan buat pembeli untuk kecekapan penggunaan bahan api pada sebuah SUV yang mampu milik dan dikendalikan,” katanya.

Enjin 1.5L TGDi itu dibina di Tanjung Malim, Perak itu yang memenuhi piawaian kualiti yang ketat menjana kuasa 177PS dan tork 233Nm serta 7 peratus lebih jimat bahan api terutama dalam bandar.

Pelanggan juga kini mempunyai pilihan varian pacuan semua roda (AWD) pintar yang secara automatik memindahkan tork ke roda belakang mengikut keperluan.

Untuk kemasan X70 2022 kini dengan kemasan gril, bampar dan diffuser hitam berkilat, rim aloi 19 inci rekaan baharu, pintu belakang kuasa elektrik dengan pengesan kaki, tempat duduk kulit dan lapisan bumbung dalaman hitam.

Ia juga didatangkan dengan Sistem Penulenan Udara Pintar (P-IAPS) – gabungan penapis kabin N95 (digabungkan ke dalam penghawa dingin) dan sistem penulenan udara untuk kualiti udara lebih baik dalam kabin.

Ciri lain dengan fungsi arahan suara Hi Proton masih kekal selain sembilan pembesar suara dan subwufer serta enam port pengecas USB.

Keselamatan turut diutamakan dalam Proton X70 Baharu ini, yang dianugerahkan penarafan Asean NCAP 5 bintang, enam beg keselamatan SRS, Sistem Bantuan Pemandu Termaju (Adas), Sistem Pemantauan Tekan Tayar (TPMS), dan kamera 360 dengan paparan 3D untuk.

Enam pilihan warna iaitu Snow White, Armour Silver, Jet Grey, Ruby Red, Cinnamon Brown dan Space Grey.

Lima pilihan varian ditawarkan iaitu 1.5 TGDi Standard 2WD pada harga RM93,900; 1.5 TGDi Executive 2WD (RM105,500); 1.5 TGDi Executive AWD (RM111,300); 1.5 TGDi Premium 2WD (RM117,900) dan 1.8 TGDi Premium 2WD (RM121,800).

SEBARKAN :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *