Kereta Honda City dinaiki tiga beranak terbabas ke dalam tali air.

Kereta Honda City dinaiki tiga beranak terbabas ke dalam tali air.

TERKINI

PASIR SALAK – Seorang kanak-kanak lelaki lima tahun lemas selepas kereta Honda City dinaiki terjunam ke dalam tali air di Kampung Bukit Chawi, Kampung Gajah di sini hari ini.

Ibu serta adik mangsa berumur empat tahun pula terselamat dan mengalami kecederaan.

Mereka dipercayai dalam perjalanan dari Kampung Gajah menghala Seberang Perak sebelum kereta itu terbabas kerana mengelak lopak air.

Jurucakap Bilik Gerakan Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Perak memberitahu, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 5.19 petang.

Menurut jurucakap tersebut, anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kampung Gajah telah dikejarkan ke tempat kejadian.

“Kereta Honda City dinaiki tiga beranak itu dipercayai terbabas masuk ke dalam tali air pada kedalaman 3.65 meter.

SEBARKAN :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *