
Biodata Datuk Onn Hafiz bin Dato’ Ghazi, Calon Menteri Besar Johor ke-19.
Biodata Datuk Onn Hafiz bin Dato’ Ghazi, Calon Menteri Besar Johor ke-19.
Johor Bahru: Bekas Exco Pelancongan, Belia dan Sukan Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi, dipercayai hampir pasti bakal dilantik menjadi Menteri Besar Johor ke-19, menurut sumber Barisan Nasional (BN).
Sumber itu berkata, momentum pelantikan Onn Hafiz yang memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Machap semakin kuat apabila parti itu berjaya meraih kemenangan dua pertiga pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Sabtu lalu.
Onn Hafiz, 44, adalah cicit kepada Pengasas dan Presiden Umno Datuk Onn Jaafar.
Jika Onn Hafiz dilantik sebagai Menteri Besar ke-19, beliau mengulangi sejarah moyangnya itu yang dilantik sebagai Menteri Besar Johor pada 1 Jun 1947.
Onn Hafiz yang memenangi kerusi Dun Layang-Layang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) adalah muka baharu yang dilantik ke barisan Exco Makmur Johor, selepas Hasni dilantik sebagai Menteri Besar ke-18 pada 28 Februari 2020.
Onn memegang portfolio Pelancongan, Belia Dan Sukan selain aktif dalam advokasi orang muda termasuk menerusi pertubuhan bukan kerajaan Southern Volunteers, yang ditubuhkan hasil visi Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Onn Hafiz yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Layang-Layang juga adalah anak saudara kepada Ketua Umno Bahagian Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, yang juga Menteri Kanan Pertahanan.
Beliau memenangi kerusi Machap pada PRN Johor yang berakhir kelmarin.
Biodata
- Nama: Onn Hafiz bin Dato’ Ghazi
- Nama Gelaran: Datuk Onn Hafiz bin Dato’ Ghazi
- Tarikh Lahir: 2 Mac 1979
- Tempat Lahir: Simpang Renggam, Kluang, Johor
- Mempunyai latar belakang dari keluarga politik cicit kepada Dato’ Onn Jaafar pengasas Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) mula melibatkan diri dalam politik pada tahun 2006.
Pendidikan
- Ijazah Sarjana Muda Perakaunan, University of Hertfordshire, United Kingdom (UK).
- Royal Military College (RMC).
Perkahwinan
- Datuk Onn Hafiz bin Dato’ Ghazi mendirikan rumah tangga bersama pasangannya iaitu Datin Sharmin Fazlina Mohd Shukor. Hasil perkahwinan dikurniakan 4 cahaya mata.
Politik/Kerjaya/Perkhidmatan
- Mac 2022 – Kini: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.26 Machap, Johor.
- Mac 2020 – Kini: Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan Negeri Johor.
- EXCO Pelancongan, Belia dan Sukan
- Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor.
- 9 Mei 2018 – 22 Januari 2022: ADUN N.27 Layang-Layang, Johor
- 2013 – 2018: Setiausaha politik kepada Menteri Pertahanan
- 2012 – 2018: EXCO Pemuda UMNO
- 2012 – 2018: Ketua Pemuda UMNO Sembrong
- 2008 – 2012: Naib Ketua Pemuda UMNO Sembrong
- 2006: Pemuda & Ahli Jawatankuasa (AJK) UMNO Sembrong.
- 2004 – 2012: Ketua Pegawai Eksekutif KMB Educational Service Sdn.Bhd.
- 2001 – 2008: Price Waterhouse Coopers (PWC)
- Anugerah
- 2018: Panglima Mahkota Wilayah (PMW) – Datuk
Sumber: Wikipedia & Internet
SEBARKAN :