NS Corp Bekerjasama Dengan Unclezam Holding Wujudkan Makmal Pertama Ujian Covid-19 Di Negeri Sembilan.

NS Corp Bekerjasama Dengan Unclezam Holding Wujudkan Makmal Pertama Ujian Covid-19 Di Negeri Sembilan.

TERKINI

Seremban: Perbadanan Negeri Sembilan (NS Corp) dengan kerjasama Unclezam Holding Berhad (Unclezam Holding) membuka makmal perubatan khusus untuk ujian RT-PCR, Antibody Test, RTK Antigen dan semua berkaitan Covid-19 di Pusat Perdagangan Paroi, di sini.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan negeri, Datuk Dr Mohamad Rafie Abd Malek berkata, sebanyak RM2 juta dibelanjakan bagi mewujudkan makmal itu yang juga milik Bumiputera 100 peratus dan mula beroperasi awal tahun ini.

Katanya, projek itu dilaksanakan dengan mengambil contoh makmal serupa di Johor Bahru dan Selangor.

“Inisiatif ini diambil sebagai langkah menangani wabak pandemik Covid-19 yang dijangka berterusan dalam tempoh lama.

“Pengwujudan makmal ini diharap dapat meningkatkan kapasiti dan kecekapan ujian Covid-19 khususnya di Negeri Sembilan selain menampung permintaan daripada kalangan masyarakat yang perlu membuat saringan berkaitan pandemik serta rawatan yang berkaitan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Menandatangani Perjanjian Usahasama (MoU) antara NS Corp dengan Unclezam Holding di Menara Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengarah Urusan Unclezam Holding, Norizam Tukiman.

Mohamad Rafie yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ampangan berkata, makmal itu menawarkan kadar caj rendah antara 10 hingga 20 peratus terhadap perkhidmatan disediakan berbanding caj di pusat perkhidmatan lain.

Beliau berkata, makmal itu dapat memendekkan tempoh ujian sekitar lapan jam saja berbanding sampel sebelum ini kebanyakannya terpaksa dilakukan di makmal di Kuala Lumpur, yang mengambil masa sehingga 24 jam.

SEBARKAN :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *