Abah, air akan naik lagi ke? Adik takut kita tenggelam".

Sebak!”Abah, air akan naik lagi ke? Adik takut kita tenggelam”.

TERKINI

Rantau Panjang: “Abah, air akan naik lagi ke? Adik takut kita tenggelam”. Itulah soalan yang ditanya Irdina Syaza Roslan, 9, anak kecil kepada Roslan Deraman, 40.

Roslan berkata hampir keseluruhan kawasan di penempatannya di Kampung Gual Periok dinaiki air sehingga menyebabkan banyak rumah hanya tinggal bumbung sahaja.

Katanya, anak-anak kecil mula menangis ketakutan, warga emas resah memikirkan nasib mereka kerana bimbang banjir tidak terkawal.

“Ada yang samakan keadaan ini seperti bah yang berlaku di Kuala Krai pada 2014 kerana kami tidak pernah mengalami banjir seteruk ini.

“Buktinya rumah saya yang sudah didiami lebih 70 tahun tidak pernah dilanda banjir kini airnya mencecah paras lebih 0.5 meter. Kami tahu ini ujian besar dari Tuhan dan berdoa supaya ia segera pulih.

“Dalam masa sama, saya nasihatkan kepada pihak berkaitan untuk berfikir dengan lebih bijak pada masa akan datang kerana saya difahamkan keadaan ini berlaku juga kerana pembinaan benteng yang boleh dianggap gagal,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Roslan berkata, keadaan kini tidak terkawal yang mana penduduk terpaksa mengambil keputusan tidur sahaja di tempat yang tidak digenangi air susulan pusat pemindahan sementara (PPS) juga tidak mampu menampung jumlah mangsa.

Sementara itu, Ismail Muda, 74, berkata, penduduk bimbang jika bekalan makanan juga terputus.

“Bantulah penduduk di sini setakat yang mampu sekali pun, kerana kami semakin lumpuh. Sekarang ini penduduk berganding bahu sesama sendiri untuk terus kekal kuat dan tabah.

“Tolong berhenti sebentar daripada sebarang agenda politik, bantu kami,” katanya.

SEBARKAN :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *