Banjir Kelantan : Air Semakin Naik

Banjir Kelantan : Air Semakin Naik, Kami Hanya Tidur-Tidur Ayam Bertemankan Cahaya Lilin.

TERKINI

Banjir Kelantan : Air Semakin Naik

 

Rantau Panjang: “Kami hanya tidur-tidur ayam bertemankan cahaya lilin kerana elektrik sudah ditutup susulan air yang naik semakin tinggi,” luah Azah Fauzi Shalwati Aziz, 29.

Azah antara mangsa banjir di Kampung Luar, Gual Periok, di sini, yang kediamannya masih boleh diduduki namun dalam keresahan kerana paras air sudah mencecah bahagian tangga kediamannya.

Katanya, elektrik sudah mula ditutup pada petang semalam dan hampir keseluruhan rumah di kawasan itu serta penempatan lain berdekatan bergelap malam tadi.

“Bagaimanapun, tindakan pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) adalah yang paling baik sekali gus dapat mengelak berlaku sebarang kejadian tidak diingini kerana kebanyakan rumah sudah ditenggelami air.

“Kami sekarang perlu mencari ikhtiar sendiri untuk meneruskan kehidupan dalam keadaan ini, tetapi mengharapkan pihak yang bertanggungjawab untuk memantau penduduk di sini yang memerlukan bantuan.

“Saya bimbang jika air terus meningkat, kerana dimaklumkan pusat pemindahan sementara (PPS) yang berdekatan juga sudah penuh,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Selain Kampung Luar, terdapat juga penempatan lain yang terjejas 100 peratus seperti Kampung Padang Licin, Kampung Kusar, Kampung Bawah Lembah yang mana majoriti kediaman penduduk ditenggelami air sehingga paras bumbung.

Sementara itu, Suhaida Ismail, 38, mengakui bimbang kerana kediaman saudara yang menjadi tempat berteduh juga menunggu masa untuk dinaiki air.

“Kami buntu, tidak tahu apa harus dilakukan. Tambahan pula, saya bersama ibu, Che Maskah Mohamad, 64, menghidap angin ahmar dan perlu sentiasa dibantu.

“Ini adalah banjir terburuk pernah saya lalui di sepanjang hidup saya dan berdoa ia cepat surut kerana tidak mampu lagi menanggung dugaan ini,” katanya.

SEBARKAN :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *