Kes Jangkitan Covid-19 Kanak-Kanak Di Thailand Meningkat.

Kes Jangkitan Covid-19 Kanak-Kanak Di Thailand Meningkat.

DUNIA

BANGKOK – Kes jangkitan Covid-19 dalam kalangan kanak-kanak di Thailand meningkat dengan lebih 100,000 golongan itu yang berusia lima tahun dan ke bawah dijangkiti koronavirus sejak pandemik bermula, lapor laman berita Thaiger kelmarin.

Pada bulan lalu, kira-kira 1,000 kanak-kanak bawah usia enam tahun disahkan positif Covid-19 ketika varian Omicro terus menular di rantau Asia.

Angka tersebut bagaimanapun meningkat minggu lepas kepada 6,000 kanak-kanak dalam lingkungan umur tersebut, demikian menurut Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Kesihatan Thailand.

Menurut data rasmi kerajaan dari April 2021 hingga Februari tahun ini, sebanyak 107,059 kanak-kanak di Thailand telah dijangkiti virus Covid-19.

Angka tersebut menyumbang sebanyak lima peratus daripada hampir dua juta kes Covid-19 yang dicatatkan di Thailand melibatkan semua kategori.

Daripada jumlah 107,059 tersebut, seramai 29 pesakit kanak-kanak telah meninggal dunia.

Kebanyakan daripada mereka dilaporkan mendapat jangkitan daripada ahli keluarga masing-masing.

Susulan perkembangan tersebut, pegawai-pegawai kesihatan di Thailand menasihati penduduk untuk melengkapkan penilaian risiko bagi melindungi kumpulan-kumpulan rentan iaitu yang mempunyai masalah kesihatan, wanita hamil, warga emas dan kanak-kanak. – AGENSI

SEBARKAN :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *