Gunung Anak Krakatau

Gunung Anak Krakatau Muntahkan Kepulan Debu Panas Berwarna Kelabu Hitam.

DUNIA

SUMATERA: Gunung Anak Krakatau di Kabupaten Lampung Selatan meletus sebanyak sembilan kali sejak semalam.

Kompas.com melaporkan, Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi (PVMBG) berkata, letusan berlaku antara pukul 9.43 pagi hingga 5.07 petang (waktu tempatan) dengan kepulan debu panas berwarna kelabu hitam setinggi 800 hingga 1,000 meter di atas puncak gunung.

Berdasarkan pemantauan visual oleh PVMBG, terdapat petunjuk letusan yang berlaku adalah daripada jenis magmatik, selaras dengan rekod gempa bumi gunung berapi.

Data pemantauan visual dan instrumental menunjukkan Gunung Anak Krakatau masih berpotensi meletus dan ditetapkan pada tahap dua, waspada.

“Potensi bahaya daripada aktiviti semasa Gunung Anak Krakatau boleh menyebabkan lava pijar, bahan piroklastik dan aliran lava.

“Hujan abu yang lebat berpotensi di sekitar kawah dalam radius dua kilometer dari kawah aktif,” katanya

Susulan itu, orang ramai diingatkan supaya tidak mendekati jarak terbabit. – AGENSI

SEBARKAN :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *