buta huruf Al-Quran.

65 peratus rakyat Indonesia masih buta huruf Al-Quran.

DUNIA

buta huruf Al-Quran.

 

 

JAKARTA – Timbalan Ketua Dewan Masjid Indonesia (DMI), Komisioner Jeneral Polis Syafruddin memaklumkan sebanyak 65 peratus rakyat negara itu masih buta huruf Al-Quran.

Menurut laporan Suara.com kelmarin, Syafruddin menekankan kepentingan perjuangan membasmi isu buta huruf Al-Quran di Indonesia.

Menerusi satu kajian yang dibuat, lebih separuh daripada populasi penduduk negara itu tidak boleh membaca Al-Quran.

“Negara ini mempunyai seramai 223 juta rakyat beragama Islam namun hanya 35 peratus yang boleh mengaji serta membaca ayat-ayat Al-Quran,”ujarnya.

Justeru itu, beliau bersama beberapa kumpulan pemuda Islam menubuhkan Yayasan Damai Mengaji Indonesia bagi memastikan peratusan buta huruf Al-Quran itu menurun.

Syafruddin berkata, Yayasan Damai Mengaji Indonesia telah melaksanakan beberapa perancangan untuk membasmi buta huruf Al-Quran secara amnya di Indonesia.

“Sekurang-kurangnya ada dua aktiviti yayasan ini yang sedang aktif. Pertama, mencetak Al-Quran sebanyak mungkin dan kedua adalah membina pusat-pusat untuk membaca serta mengaji Al-Quran,” katanya. – Agensi

SEBARKAN :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *