Abang Viva, Azwan Omar Rancang Berhenti Kerja, Tumpu Kerja Sukarelawan.

Abang Viva, Azwan Omar Rancang Berhenti Kerja, Tumpu Kerja Sukarelawan.

TERKINI

PUTRAJAYA: Selepas menerima pelbagai hadiah dan anugerah daripada banyak pihak, Abang Viva atau nama sebenarnya Azwan Omar, 30, hari ini, menerima sijil penghargaan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) atas keprihatinannya membantu mangsa banjir pada Disember tahun lalu.

Azwan menerima sijil penghargaan yang disampaikan Ketua Pengarah JBPM, Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid pada Majlis Perbarisan Tahunan 2022 JBPM di sini.

 

BACA SINI : Abang Viva Disebut Dalam DUN Melaka.

 

Azwan berkata, beliau gembira dan bersyukur apabila menerima sijil penghargaan yang tidak dijangka itu.

Katanya, penghargaan itu kali kedua diterima daripada pasukan keselamatan selepas dipilih menjadi anggota sukarelawan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka.

Ketika ini, katanya, beliau masih bercuti dan bercadang menamatkan perkhidmatan dalam masa terdekat bagi menumpukan perhatian kepada kerja-kerja sukarelawan.

“Kerja-kerja sukarelawan yang diceburi sekarang memberi kepuasan kepada diri dan ketika ini saya lebih selesa membuat kerja kebajikan bagi membantu golongan memerlukan,” katanya ketika ditemui.

Azwan berkata, dalam masa terdekat beliau bercadang menjalankan kerja-kerja pembersihan sisa banjir di pusat tahfiz di Pahang.

Katanya, beliau juga sudah menjalankan kutipan dana sejak dua hari lalu melalui laman sosial Facebook bagi membantu menyediakan peralatan di pusat tahfiz yang terjejas banjir.

“Saya enggan mendedahkan jumlah sumbangan yang terkumpul setakat ini dan berharap akan bertambah sebelum meneruskan misi baharu ini,” katanya.

Pada majlis itu, seramai 15 individu dianugerahkan Sijil Penghargaan Wira Bomba terdiri daripada orang awam, enam menerima Sijil Penghargaan Agensi dan 15 menerima Sijil Penghargaan Pengamal Media.

SEBARKAN :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *