
Manila Catat Kes Omicron Tertinggi Hari Ini.
MANILA: Kementerian Kesihatan Filipina mengesahkan penularan kes tempatan COVID-19 varian Omicron di sekitar Manila hari mencatat rekod tertinggi buat hari ketiga berturut-turut.
Timbalan Setiausaha Kesihatan, Maria Rosario Vergeire, pada taklimat hari ini, mengesahkan penularan varian Omicron dalam kalangan masyarakat setempat di ibu kota.
Manila adalah ibu kota yang menempatkan lebih daripada 16 bandar dan dihuni lebih 13 juta penduduk.
Vergeire berkata, penularan varian Omicron dalam masyarakat berkait dengan peningkatan mendadak jumlah kes baru, dengan kemungkinan ia akan terus memuncak mulai akhir bulan ini hingga pertengahan Februari depan.
Kementerian itu melaporkan, 39,004 jangkitan baharu COVID-19 hari ini, sementara kes aktif juga mencatat rekod tertinggi, iaitu 280,813 kes.
Dengan lebih 3.16 juta kes positif, termasuk hampir 53,000 kematian dicatat setakat ini, Filipina merekod kes jangkitan dan kematian COVID-19 kedua tertinggi di Asia Tenggara selepas Indonesia. – AGENSI
SEBARKAN :