Adik Beradik Cilik Berani Dan Lagak Bermain Luncur Air.

Hebat ! 2 Adik Beradik Cilik Berani Dan Lagak Bermain Luncur Air.

TERKINI

Hebat ! 2 Adik Beradik Cilik Berani Dan Lagak Bermain Luncur Air.

 

Dungun: Dua beradik, Khaulah Athifah atau Aula dan Ulya Adilah (Ulya) masing-masing baru berusia lapan serta enam tahun.

Bagaimanapun, keberanian dan lagak mereka ketika bermain luncur air (water surfing) persis pemain dewasa.

Jadi, tidak hairanlah perkongsian gambar dan video mereka di TikTok mendapat perhatian netizen yang kagum melihat aksi keberanian dua beradik itu.

Individu yang banyak membimbing Aula dan Ulya tentunya bapa mereka, Mustaffa, 35.

Bukan hanya menjadi jurulatih malah Idris memberi galakan kepada Aula dan Ulya untuk mencuba serta aktif dalam sukan berkenaan sejak dua tahun lalu.

“Sejak mereka berusia setahun lagi, saya sudah bawa kedua-duanya ke pantai dan kolam renang. Tujuannya adalah membiasakan mereka dengan air dan pada mulanya ajar berenang saja.

“Dua tahun lalu, saya mula bermain luncur air dan tidak lama selepas itu Aula dan Ulya juga dibawa bersama serta melatih mereka hingga mahir seperti sekarang,”

Bercerita lanjut, Idris berkata lazimnya dia akan membawa Aula dan Ulya bermain luncur air di Pantai Teluk Lipat, Tanjung Jara dan Pantai Teluk Kalung, di sini.

Katanya, latihan tidak akan dijalankan serentak sebaliknya dengan seorang saja pada satu-satu masa.

“Isteri (Nik Solehah Mujahidah, 35) tidak menghalang saya membawa anak bermain sukan itu.

“Sebaliknya, dia turut beri galakan dan bantu menjaga anak ketika saya melatih salah seorangnya meluncur.

“Setakat ini, tiada kejadian tidak diingini berlaku namun Aula dan Ulya sebenarnya takut juga ketika mula-mula dulu.

“Cuma bagi saya perasaan itu (takut) normal kerana kita yang dewasa ini juga ada kalanya takut melihat ombak, ” katanya.

Idris berkata, di samping menjadi hobi yang boleh mengisi masa lapang, dia memberi pendedahan awal kepada Aula dan Ulya menerusi sukan air kerana mahu dua anaknya itu jadi manusia berani.

“Selain kebolehan mengimbangkan badan, sukan luncur air menuntut pemain untuk fokus.

“Sukan itu juga mengajar pemain untuk berani, yakin, bijak dan tidak takut membuat keputusan kerana hanya kita sendiri berada di atas laut.

“Itu yang cuba saya terapkan dan berharap dapat terus melatih Aula dan Ulya serta melihat perkembangan mereka dalam sukan itu,” katanya.

SEBARKAN :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *