
Tragedi Warga Emas Lelaki Parah Diserang Buaya.
Warga Emas Lelaki Parah Diserang Buaya.
LAHAD DATU: Seorang lelaki 70 tahun parah diserang buaya ketika dia mencari lokan di sungai dekat Kampung Rancangan Silabukan, Peringkat 4, di sini semalam.
Kejadian pada jam 4 petang menyebabkan warga emas berkenaan cedera teruk pada kaki, tangan dan perut.
Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Rohan Shah Ahmad, berkata sebelum kejadian, mangsa mangsa bersama isteri dan lima rakan sekampung ke tepi sungai untuk mencari lokan apabila seekor buaya tiba-tiba muncul dan terus membaham kakinya.
“Dengan bantuan rakan dan isterinya, mangsa berjaya diselamatkan selepas mereka memukul kepala dan mata buaya berkenaan. Warga emas itu kemudian terus dibawa ke Hospital Lahad Datu untuk rawatan dan dilaporkan dalam keadaan stabil,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau menasihati orang ramai agar menjaga keselamatan dan berwaspada dengan ancaman buaya ketika berada di sungai.
SEBARKAN :