3 ADUN Perak SAH Lompat Ke Parti Bangsa Malaysia.

3 ADUN Perak SAH Lompat Ke Parti Bangsa Malaysia.

POLITIK

IPOH – Tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak sah menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM) yang baharu dilancarkan pada 21 Disember 2021.

Mereka ialah ADUN Buntong, A Sivasubramaniam; ADUN Tronoh, Paul Yong Choo Kiong dan ADUN Malim Nawar, Leong Cheok Keng.

Cheok Keng yang mengesahkan perkara itu kepada Sinar Harian berkata, ketiga-tiga mereka juga berada di dalam kepimpinan tertinggi parti itu yang mengadakan Mesyuarat Khas Persidangan Agung, pada Sabtu.

Menurutnya, keputusan menyertai PBM dibuat kerana parti tersebut berbilang kaum dari kepimpinan tertinggi hinggalah kepada ahli-ahli akar umbi.

“Di sini saya umumkan secara rasmi bahawa saya merupakan ahli PBM. Dakwaan selama ini mengatakan saya menyertai MCA tidak benar sama sekali.

“Saya memilih PBM kerana parti ini benar-benar parti berbilang kaum dan bukan seperti parti-parti lain yang mendakwa berbilang kaum tetapi didominasi kaum tertentu sahaja,” katanya kepada Sinar Harian, pada Ahad.

Sementara itu, mengenai kedudukan mereka di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Cheok Keng berkata, ketiga-tiga mereka menyokong kerajaan pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad.

Katanya, sehubungan itu, penyertaan mereka ke dalam PBM tidak akan menggugat kestabilan kerajaan negeri Perak.

SEBARKAN :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *