Harga Siling Ayam

Harga Siling Ayam Dijangka Meningkat Bermula Bulan Hadapan.

EKONOMI

SHAH ALAM – [DIKEMAS KINI] Harga siling ayam dijangka meningkat 20 sen hingga 30 sen seekor bermula bulan hadapan.

Timbalan Pengerusi Persekutuan Persatuan-Persatuan Penternak Malaysia, Lee Yoon Yeau berkata, pada masa sama, harga siling telur ayam juga dijangka meningkat empat sen sebiji.

Beliau berkata, ia disebabkan Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM) bagi harga siling ayam telah menyebabkan kerugian kepada golongan penternak termasuk pemborong dan peruncit.

Menurutnya, skim tersebut dikatakan tidak mengikut kos operasi dan harga dedak import yang sudah meningkat sehingga menyebabkan syarikat pengeluaran kerugian hingga RM3 juta setiap bulan.

“Kita memang terkejut dan kecewa dengan harga siling kerana kos untuk membela 1,000 ekor ayam semakin tinggi.

“Tambah pula negara tidak ada tanaman jagung atau kacang soya yang digunakan untuk dedak dan perlu diimport dari luar negara.

“Dalam dua minggu ini, harga jagung naik daripada RM1,300 kepada RM1,420 satu tan. Kacang soya daripada RM2,200 tetapi pada hari ini, lepas dua minggu sudah cecah sehingga RM2,400,” katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Mengulas lanjut, Yoon Yeau yang juga Pengerusi Persatuan-Persatuan Penternak Melaka berkata, kenaikan tersebut bukan untuk mengejar untung 20 hingga 30 peratus bagi setiap pengeluaran, tetapi hanya sedikit sahaja.

SEBARKAN :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *