Paras Sungai Langat

Terkini ! Paras Sungai Langat Melepasi Paras Bahaya.

TERKINI

SHAH ALAM: Paras Sungai Langat di Bukit Changgang dalam daerah Kuala Langat kembali melepasi paras bahaya (merah) apabila mencatatkan bacaan setinggi 4.29 meter (m).

Maklumat terkini di laman sesawang InfoBanjir, bacaan itu melepasi paras normal pada 4.20 m sehingga jam 8 pagi ini.

 

BACA SINI : Portal Banjir Terkini Seluruh Malaysia.

Sementara itu, Sungai Langat di Dengkil dalam daerah Sepang pula melepasi paras amaran (jingga) iaitu 7.07 m berbanding bacaan normal 6.90 m.

“Tiga lagi sungai berada melepasi paras berjaga-jaga (kuning) iaitu Sungai Klang di Bandar Klang yang mencatatkan bacaan 2.47 m.

“Sungai Langat di JPS Sungai Manggis (2.22 m) dan Pintu Air Kampung Teluk Pulai (1.33 m) dalam daerah Kuala Langat,” menurut laporan itu.

Semalam, Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis mengesahkan enam keluarga membabitkan 15 individu berpindah selepas kawasan rumah mereka di Kampung Sungai Nangka, Banting dinaiki air susulan hujan berterusan serta air pasang besar.

Katanya, sehingga jam 10.30 malam enam keluarga membabitkan 13 dewasa termasuk tiga warga emas dan tiga lagi adalah kanak-kanak berpindah ke Dewan Sri Langat dan ada memilih ke rumah saudara.

Dalam pada itu, orang ramai terus diingatkan mengelakkan diri ke kawasan berisiko atau dinaiki air demi keselamatan masing-masing.

Orang ramai boleh melayari laman sesawang https://publicinfobanjir.water.gov.my untuk melihat perkembangan terkini dari semasa ke semasa paras air di seluruh negara.

SEBARKAN :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *