
Terkini ! Sungai Segamat Dan Muar Melebihi Paras Bahaya.
JOHOR BAHRU: Dua sungai di Johor membabitkan Sungai Segamat di Bandar Segamat dan Sungai Muar di Kampung Awat, Muar, sudah melepasi paras bahaya, setakat jam 4 petang tadi.
Berdasarkan jadual bacaan aras sungai yang direkodkan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Johor, Sungai Segamat di Bandar Segamat mencecah paras 9.80 meter (m) yang melebihi paras bahaya 9.14m.
Sungai Muar di Kampung Awat pula merekodkan paras 21.09m, juga melepasi paras bahaya 19.95 m.
Sementara itu, Sungai Muar di Buloh Kasap pula merekodkan paras waspada 8.16m berbanding paras amaran 8.53m dan paras bahaya 9.14m.
Tinjauan di Sungai Segamat di Bandar Segamat, petang tadi, mendapati air sungai berkenaan hampir melimpah dengan keadaan cuaca hujan.
SEBARKAN :