
TERKINI ! Aliff Syukri Disahkan Positif COVID-19 Tahap Tiga.
KUALA LUMPUR: Sekembali bercuti dari Turki, usahawan kosmetik yang juga penyanyi kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri disahkan positif COVID-19 tahap tiga.
Menerusi laman Instagram (IG), penyanyi lagu Abang Nak Tegur dan Bobo Di Mana itu mendedahkan terkena jangkitan tahap tiga yang boleh memberi kesan kepada sistem pernafasannya.
Kini sedang mendapatkan rawatan rapi di sebuah hospital, Aliff mohon maaf kepada sesiapa yang pernah terguris hati dengannya.
“Kepada semua sahabat dan kenalan dikasihi atau sesiapa sahaja yang mengenali, saya memohon kemaafan sekiranya pernah menyakiti.
“Maaf sekiranya pernah terkasar, mengumpat dan termakan sama ada sengaja ataupun tidak.
“Sesungguhnya yang buruk itu datang daripada saya dan yang baik datang daripada Allah SWT. Rasa lega dah mohon maaf pada semua, takut umur tak panjang,” tulis Alif.
Aliff turut memohon pengikut laman sosial mendoakannya cepat sembuh.
“Doakan saya cepat sembuh. Doa kalian amat saya hargai pada ketika ini.
“Saya juga amat merindui isteri, anak dan bonda,” katanya.
Terdahulu, Aliff bersama isteri, Datin Seri Nur Shahidah Mohd Rashid, ibunya, Rozita Ibrahim dan anak-anak bercuti ke Turki pada pertengahan bulan dan baru pulang ke Malaysia, sejak beberapa hari lalu.
Difahamkan, kini ahli keluarganya sedang menjalani kuarantin kendiri di rumah.