Luar Biasa! Video Bayi Kembar Pecah Sendiri Ketubannya Selepas Dilahirkan.

Luar Biasa! Video Bayi Kembar Pecah Sendiri Ketubannya Selepas Dilahirkan.

DUNIA

BRAZIL: Seorang bayi kembar mencipta peristiwa luar biasa selepas dilahirkan dalam keadaan masih berada di dalam kantung ketuban hanya beberapa saat selepas pasangan kembarnya dilahirkan di Hospital Bersalin di bandar Goiania, Brazil.

Menerusi rakaman sebuah video, bayi perempuan bernama Elis dilihat masih berada di dalam kantung tersebut semasa dilahirkan.

Bayi itu akhirnya berjaya memecahkan kantung ketuban itu dengan tangannya sendiri.

Ibu bayi itu, Rosangela Maria Sousa Soares menyifatkan pengalaman bersalin itu sebagai ‘menakjubkan’.

Luar Biasa! Video Bayi Kembar Pecah Sendiri Ketubannya Selepas Dilahirkan.

Rosangela melahirkan sepasang bayi kembar, Isis dan Elis melalui pembedahan caesarian.

Bayi itu dilahirkan semasa minggu ke-36 dengan berat masing-masing 2.3 dan 1.8 kilogram.

Kedua-dua bayi itu dilaporkan sihat dan pasangan kembar itu dibenarkan pulang ke rumah dua hari selepas dilahirkan.

SEBARKAN :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *