
“Ingin Dimaklumkan Hari Ini Kes Positif Baharu Paling Rendah Setakat Ini,”-Ketua Pengarah Kesihatan.
PUTRAJAYA – Malaysia hari ini merekodkan kes positif baharu satu digit serta terendah iaitu tujuh kes sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan 18 Mac lalu.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada tujuh kes baharu itu, dua merupakan kes import manakala lima penularan tempatan.
“Ingin dimaklumkan hari ini terdapat tujuh kes baharu dan menjadi angka paling rendah setakat ini,” katanya pada sidang akhbar mengenai situasi semasa jangkitan Covid-19 di kementeriannya di sini hari.
Dalam perkembangan sama, Dr Noor Hisham turut memaklumkan terdapat 20 kes pulih dan dibenarkan discaj.
SEBARKAN :