Ular Sawa Seberat 100 kg Di Kampung Lawar.

Penoreh Getah Terkejut, Menemui Seekor Ular Sawa Seberat 100 kg Di Kampung Lawar.

DALAM NEGARA TERKINI

Ular Sawa Seberat 100 kg Di Kampung Lawar.

JELI: Seorang penoreh getah dalam perjalanan ke kebun terkejut kerana menemui seekor ular sawa seberat 100 kilogram (kg) di Kampung Lawar, di sini, pagi Rabu.

Ular terbabit dijumpai berhampiran sebatang anak sungai sekitar jam 9.30 pagi tadi.

Pengawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Jeli, Leftenan (PA) Ahmad Suhaizi Ahmad Suhaimi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 9.37 pagi.

“Sebaik menerima panggilan, seramai empat anggota diarahkan ke lokasi kejadian untuk tindakan lanjut.

“Sejurus tiba, anggota dibantu Jabatan Sukarelawan Rakyat (Rela) dan penduduk kampung,” katanya kepada media, pada Rabu.

Ahmad Suhaizi berkata, pihaknya akan menyerahkan reptilia berkenaan kepada Jabatan Perhilitan dalam masa terdekat.

“Saya juga ingin nasihat penduduk kampung terutamanya penoreh getah agar sentiasa berhati -hati dengan keselamatan keadaa sekeliling,” katanya.

SEBARKAN :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *