Kronologi Rusuhan Kematian George Floyd.

Kronologi ”Rusuhan Kematian George Floyd”.

DUNIA TERKINI

Rusuhan Kematian George Floyd

 

WASHINGTON: Ratusan penunjuk perasaan berarak di luar Rumah Putih, semalam, bagi membantah insiden kematian seorang lelaki kulit hitam George Floyd ketika ditahan polis di Minneapolis, yang menyaksikan ketegangan turut merebak ke beberapa bandar lain di seluruh negara ini.

Presiden Donald Trump dilaporkan berada di dalam Rumah Putih ketika penunjuk perasaan berkenaan berkumpul di taman seberang jalan, dengan puluhan ejen ‘Secret Service’ melakukan kawalan rapi yang ketat.

Penunjuk perasaan antara lain membawa sepanduk tertera ‘Berhenti Membunuh Kami’ sambil menuntut keadilan atas kematian George Floyd.

Floyd meninggal dunia, Isnin lalu, selepas seorang anggota polis kulit putih menekankan lututnya selama beberapa minit pada leher lelaki Afrika-Amerika itu yang digari dan tidak bersenjata.

Bagaimanapun, sebahagian besar pertempuran serius berjaya dihindari di luar Rumah Putih, dan penunjuk perasaan berarak memasuki jalan Washington menuju ke Capitol AS.

Rakaman video yang menunjukkan Floyd ditahan secara ganas dan insiden kematiannya menjadi tular, sekali gus mengembalikan ‘luka mendalam’ akibat ketidaksamaan kaum di negara ini.

Penahanan pegawai polis Minneapolis terbabit, Derek Chauvin yang didakwa atas pertuduhan membunuh, dilihat tidak meredakan kemarahan orang ramai.

Minneapolis dilanda rusuhan selama tiga hari yang menghancurkan sebahagian daripada bandar itu.

Malah, penunjuk perasaan terus berkumpul di jalanan, sekali gus mengingkari perintah berkurung yang bermula jam 8 malam tadi.

Bantahan turut merebak ke New York, Houston, Atlanta, Detroit, Las Vegas, San Jose dan Memphis. – AFP

=======================================================================

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, mengucapkan takziah kepada keluarga George Floyd yang meninggal dunia ketika ditahan polis di Minneapolis, Isnin lalu.

Lelaki Afrika-Amerika itu maut selepas seorang anggota polis dirakam menekankan lututnya pada leher mangsa yang bergari dan tidak bersenjata, sekali gus mencetuskan rusuhan berleluasa untuk membantah insiden terbabit.

“Saya telah bercakap dengan ahli keluarganya dan menzahirkan perasaan sedih saya. Ia adalah kejadian yang mengerikan.

“Mereka sedang meratapi pemergian insan tersayang,” katanya.

Terdahulu, Trump dikritik hebat susulan komennya dalam Twitter yang menyifatkan penunjuk perasaan di Minneapolis sebagai ‘samseng’ dan memberi amaran bahawa ‘apabila keganasan bermula, tembakan akan dilepaskan.’

Dalam komen terbarunya, Trump berkata, beliau menyokong bantahan secara aman, namun ‘tidak boleh membenarkan situasi sebagaimana berlaku di Minneapolis untuk menjadi semakin buruk hingga mencetuskan huru-hara dan anarki’.

“Saya memahami perasaan sedih dan terluka itu.

“Keluarga George berhak mendapat keadilan dan penduduk di Minnesota berhak untuk hidup dalam keadaan selamat.

“Ramai orang keluar membantah kerana berasa sedih dan kemudian ada yang menjadi tidak terkawal. Itu tidak akan berlaku lagi, ia tidak boleh berulang,” katanya. – AFP

===========================================================================

polis Minneapolis ditahan atas pertuduhan membunuh George Floyd

 

Seorang anggota polis Minneapolis terbabit insiden kematian lelaki Afrika-Amerika tidak bersenjata, George Floyd, ditahan semalam dan didakwa atas pertuduhan membunuh.

Derek Chauvin ialah seorang daripada empat anggota polis dipecat selepas tersebar rakaman video menunjukkan Floyd yang digari terbaring di atas jalan raya sambil Chauvin menekankan lututnya pada leher lelaki itu selama sekurang-kurang lima minit, Isnin lalu.

Insiden kematian Floyd, 46, mencetuskan tunjuk perasaan selama berhari-hari yang kadang-kadang menjadi ganas di Minneapolis dan bandar lain di Amerika Syarikat (AS) sebagai membantah kekejaman polis terhadap warga Afrika-Amerika.

Setakat ini, beratus-ratus kedai telah dirosakkan dan sebuah balai polis dibakar.

“Bekas pegawai polis Minneapolis, Derek Chauvin, telah ditahan dan didakwa atas pertuduhan membunuh,” kata pendakwa raya county Hennepin, Mike Freeman, kepada pemberita.

Senator Minnesota, Amy Klobuchar, turut memuji tindakan menahan Chauvin yang disifatkan sebagai ‘langkah pertama ke arah keadilan’.

Pegawai polis terbabit insiden kematian George Floyd, 46, dengan menekankan lututnya pada leher mangsa ketika menahan lelaki itu, telah ditangkap dan didakwa atas kesalahan membunuh, semalam.

Sementara itu, Bernama pula melaporkan bahawa menurut laporan agensi berita Xinhua yang memetik CBS News, sesiapa mengingkari arahan perintah berkurung berkenaan boleh didenda AS$1,000 atau penjara hingga 90 hari.

Pada hari sama, Datuk Bandar St Paul, Melvin Carter, turut menandatangani perintah darurat tempatan.

Gabenor Minnesota, Tim Walz, juga mengisytiharkan darurat, kelmarin

– AFP

kompas.com

beritaharian

SEBARKAN :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *