
Kejuruteraan Asastera Bhd Meraih Kontrak Bernilai RM11 juta.
KUALA LUMPUR, 27 Mei — Kejuruteraan Asastera Bhd (KAB) meraih kontrak untuk kerja-kerja perkhidmatan elektrik daripada Kerjaya Prospek (M) Sdn Bhd bernilai RM11 juta.
KAB berkata ia telah dinamakan sebagai subkontraktor untuk pembekalan, penghantaran, pemasangan, pengujian dan pengoperasian kerja-kerja perkhidmatan elektrik untuk Patsawan Properties Sdn Bhd di blok pangsapuri perkhidmatan 54 tingkat terletak di Lot 393, Seksyen 63, Jalan Kia Peng, di sini.
“Pelaksanaan perkhidmatan KAB dijangka selesai pada 31 Jan, 2023. Kontrak itu dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan KAB pada masa akan datang sepanjang tempoh kontrak tersebut,” katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.
— BERNAMA
SEBARKAN :