Toyota C-HR Lawan Arus

Video Toyota C-HR Lawan Arus Dipercayai MABUK!.

TERKINI DALAM NEGARA

Toyota C-HR Lawan Arus

 

Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya bertembung dengan sebuah kenderaan Toyota C-HR dipandu melawan arus di Kuantan, Pahang malam tadi.

Pemandu kenderaan utiliti sukan (SUV) Toyota C-HR berusia 42 tahun yang memandu secara melawan arus itu dipercayai mabuk.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali, berkata kemalangan berlaku kita-kira jam 9:20 malam tadi di Jalan Kuantan Bypass dekat Bukit Rangin, Kuantan.

 

 

Lelaki terbabit disyaki memandu melawan arus dari susur masuk Jalan Kuantan Bypass dari Persimpangan Semambu.

Sebelum kemalangan, kenderaan terbabit dilaporkan hampir tertembung dengan berberapa kenderaan.

video lelaki terbabit memandu secara melawan arus sempat dirakam seorang pengguna jalan raya dan tular di media sosial.

Berdasarkan rakaman itu, individu merakam visual terbabit membunyikan hon beberapa kali kepada pemandu terbabit.

Bagaimanapun, pemandu Toyata C-HR terbabit terus bertindak memecut kenderaannya sebelum kemalangan berlaku.

Akibat kemalangan terbabit, Irwan Herman Kamarudin, 41 tahun, dari Sungai Isap, Kuantan, maut ditempat kejadian.

Ketika kejadian mangsa dalam perjalanan ke tempat kerja kerana bertugas shif malam.

mayat mangsa dihantar ke hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), untuk bedah siasat sementara pemandu tersebut yang cedera di bahagian kaki turut dihantar ke hospital yang sama untuk rawatan.

Lelaki terbabit ditahan polis untuk siasatan mengikut Seksyen 44 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dalam pengaruh alkohol hingga menyebabkan kematian.

 

sumber:sinarharian

SEBARKAN :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *