harga ayam

Kompaun RM2,500 Jika Harga Ayam Melebihi RM7.50 Sekilogram.

DALAM NEGARA TERKINI

HULU TERENGGANU – Seorang peniaga ayam di sebuah pasar besar di Kuala Lumpur antara yang terawal dikenakan kompaun, sejak pelancaran Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) yang bermula Rabu lalu kerana menjual ayam dengan harga ayam melebihi kadar siling yang di tetapkan.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid berkata, kompaun RM2,500 dikenakan kerana peniaga berkenaan menjual pada harga ayam yang lebih tinggi daripada harga maksimum ditetapkan.

“Peniaga ini menjual harga ayam standard pada harga RM9, melebihi kadar maksimum yang ditetapkan iaitu 7.50 sekilogram bagi harga runcit, memandangkan kita sudah kuatkuasakan harga kawalan. Pegawai kita pergi siasat dan memang betul sebagaimana aduan, jadi kita terus kompaun. Setakat ini sebanyak tiga aduan berkaitan harga ayam kita terima, antaranya di Pulau Pinang dan Putrajaya.

“Kita akan terus meningkatkan pemantauan dan pemeriksaan terhadap harga jualan ayam di pasaran,” katanya selepas melancarkan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan di Pasaraya Sabasun di Ajil.

SEBARKAN :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *